Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

92 Ketua Bahagian UMNO...

PUTRAJAYA - Seramai 92 ketua-ketua bahagian UMNO dari seluruh negara menyatakan sokongan penuh...

“Ancaman Terhadap Islam Masih...

PERHIMPUNAN menentang hasrat kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen ICERD yang dirancang...

Harga Runcit Petrol RON97...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 20 sen kepada paras RM3.55 seliter...

Aktor Kevin Spacey Ke...

NEW YORK - Pemenang Anugerah Oscar, iaitu pelakon Kevin Spacey berdepan dengan tuduhan...

Kes Jong-nam: Polis Mohon Lanjutkan Reman 3 Suspek

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon untuk melanjutkan perintah tahanan reman selama tujuh hari lagi terhadap tiga suspek yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam pada 13 Februari lepas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata permohonan akan dibuat hari ini terhadap suspek seorang wanita menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong, 28, seorang wanita, Siti Aishah, 25, yang mengggunakan pasport Indonesia dan seorang lelaki Korea Utara yang dikenali Ri Jong Chol, 47.

“Seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jalaluddin, 26, yang ditahan sebelum ini, dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Kim Jong-nam, yang merupakan abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan meninggal dunia pada 13 Februari lepas ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.


Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol. Susulan kes itu, empat individu ditahan polis secara berperingkat sehingga semalam. – BERNAMA

Kategori