Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Cakra Khan Akui Gemuruh...

NAMA penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan sememangnya tidak asing lagi di persada hiburan tanah...

Disneyland Ditutup Untuk Sambut...

BERTUAH sungguh North West kerana bukan sahaja memiliki ibu bapa yang terkenal malah...

Sarawak Eksport Bersih Makanan...

KUCHING - Sarawak mahu menjadi pengeksport bersih hasil dan produk pertanian berkualiti tinggi...

Suami Isteri Menyamar Datuk...

KLANG - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Polis Rampas Daun Ketum Bernilai Lebih RM10,000

KOTA BHARU – Polis merampas 350 kilogram daun ketum bernilai RM10,540 dalam serbuan di kawasan semak di Kampung Jedok, Tanah Merah, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata dalam serbuan pukul 4 pagi itu, dua lelaki berusia 24 dan 39 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati kesemua bekalan daun ketum itu diperoleh suspek dari negara jiran untuk edaran sekitar Tanah Merah, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Ab Rahman berkata dua suspek terbabit ditahan selepas berlaku pergelutan ketika khemah tempat mereka bersembunyi diserbu sepasukan anggota polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah.


Beliau berkata siasatan juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah methamphetamine. – BERNAMA

Kategori