Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kehilangan Seorang Anak Amat...

SESUNGGUHNYA tidak ada sesiapa pun yang sanggup menghadapi kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. BACA: "Warkah...

Kebocoran CCTV, MAHB Mulakan...

PUTRAJAYA - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui...

Pas Akhirnya Akui Sumbangan...

TUMPAT - Pas Kelantan tidak menafikan memang wujud pelbagai pembangunan dilaksanakan kerajaan Persekutuan...

PAS Kelantan Tetap Pinda...

PETALING JAYA - PAS Kelantan akan meneruskan rancangannya untuk meminda Rang Undang-undang Kanun...

Polis Rampas Lebih 1,200 Bungkusan Ketum Di Pokok Sena

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki dan merampas lebih 1,200 bungkusan daun ketum bernilai lebih RM7,000 di Kampung Kedondong, Pokok Sena di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, daun ketum itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

“Ketika diminta memberhentikan kenderaannya oleh anggota trafik, suspek tiba-tiba memecut laju menghala ke arah Jitra dan terus dikejar anggota terbabit sejauh lebih 20 kilometer.

“Anggota saya mengambil masa lebih kurang 20 minit mengejar suspek sebelum seorang lagi anggota trafik bermotosikal dan kereta polis bantuan tiba membantu sehingga suspek berumur 30-an dan berasal dari Arau, Perlis itu ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini, hari ini.


Katanya seorang anggota polis cedera di kaki dan tangan selepas dilanggar kereta dipandu suspek dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau direman empat hari untuk siasatan, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ketum

Kategori