Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ratu Cantik Ke Dubai...

PEMENANG tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Remaja Moscow 2016, Anna Feschenko yang sebelum...

Ella Akui Rasa Lebih...

RATU rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 50, berkata dia membuat...

Kahwin Awal Elak Kanser...

KANGAR - Berkahwin awal dan melahirkan cahaya mata pada usia muda dapat mengurangkan...

Judi: Pertukaran KPD Gombak...

KUALA LUMPUR — Tindakan menukar Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, ACP Ali Ahmad...

21 Individu Ditahan Dalam Operasi Antidadah

LAHAD DATU – Polis menahan 21 individu yang dipercayai penagih dan pengedar dadah dalam Operasi Perangi Dadah di beberapa kampung di sekitar daerah ini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata kesemua yang ditahan berusia antara 21 dan 50 tahun, ditahan kira-kira 1 pagi di sekitar Kampung Bugis Batu 1, Kampung Bugis Batu 2 dan Kampung Bugis, Teck Guan.

“Dalam operasi itu polis turut merampas syabu seberat 12.05 gram yang dianggarkan bernilai RM1,500,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua lelaki berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.


Hamzah berkata pihaknya akan terus melakukan operasi seumpama itu bagi memastikan aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan dapat dibanteras.

“Sejak Januari sehingga hari ini, 103 kes dan 114 tangkapan berkaitan dadah direkodkan di daerah ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori