Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Parkir, Nak Tak...

MENJADI kebiasaan kebanyakan kita apabila terpaksa bangun awal pagi dan mengharungi kesesakan lalu...

JPN Diminta Selesai Isu...

SIPITANG – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta kerjasama pihak...

Suu Kyi Janji Lebih...

TOKYO - Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi berjanji untuk lebih telus terhadap...

Seluar Dalam Pembaca Berita...

SEORANG penyampai berita wanita mendapat malu besar apabila mengalami pengalaman pakaian 'gagal fungsi'...

Polis Tubuh Pasukan Khas Kesan Paderi Hilang

KUALA LUMPUR – Polis menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kehilangan seorang paderi lelaki di Jalan Bahagia, Petaling Jaya, pada 14 Februari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan berkenaan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

Polis telah mengambil keterangan daripada lapan saksi bagi membantu siasatan, namun tidak banyak petunjuk baharu ditemui setakat ini, katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Paderi itu dipercayai diculik beberapa individu ketika sedang memandu kenderaannya bersendirian di jalan tersebut.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai kes kematian seorang tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 10 Februari, Khalid berkata kes itu sedang disiasat.


Mengulas kes seorang peniaga wanita mati ditembak di George Town semalam, Khalid berkata pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.

“Berilah kami masa menyiasat kes berkenaan dan polis ketika ini sedang melihat latar belakang suami kepada si mati serta menyiasat latar belakang tempat kerjanya,” kata Khalid. – BERNAMA

Kategori