Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Banjir Kilat Melanda Kawasan...

KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang berterusan lebih empat jam sejak 3 petang...

4,214 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan lebih 1,000 kes berbanding semalam...

Taufan Katie Mengganas Di...

London - Taufan Katie membawa angin selaju 170 kilometer sejam yang melanda Britain...

Pindaan RUU 355 Tidak...

 KUALA LUMPUR - Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)...

Pondok Gazebo Sekolah Runtuh, 5 Murid Cedera

BANGI – Lima murid Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, yang sedang berehat di bawah pondok gazebo cedera setelah struktur itu runtuh hari ini.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata lima murid yang cedera itu melibatkan tiga pelajar berumur 12 tahun dan dua berumur 11 tahun.

“Siasatan awal mendapati kerosakan pada struktur pondok itu menyebabkannya tidak kukuh dan runtuh sebelum menghempap pelajar-pelajar terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, yang menerima panggilan kecemasan pada 2.38 petang berhubung insiden itu bergegas ke tempat kejadian.


Pelajar yang cedera mendapat rawatan di Hospital Kajang dan klinik kesihatan berdekatan, katanya. – BERNAMA

Kategori