Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

16,500 Banduan Selesai Jalani...

KUALA LUMPUR - Seramai 16,500 banduan selesai menjalani sistem parol sejak ia diperkenalkan...

Hutang RM107.1 Juta Iklan...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM107.1 juta hutang melibatkan kempen pengiklanan promosi pelancongan sejak...

41 Pendatang Lolos Berjaya...

TAPAH - Dua lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari...

UPSR Dimansuhkan, PT3 Tahun...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)...

Posting Rayuan Kepada Ratu Elizabeth II Tidak Benar

KUCHING – Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Sarawak, Ambrose Cheng hari ini membuat laporan polis bagi menafikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pernah menyampaikan maklumat bahawa satu rayuan telah dikemukakan kepada Ratu Elizabeth II untuk diadakan semakan semula Akta Malaysia 1963 seperti yang didakwa satu posting Facebook.

Posting di bawah akaun Aman Shah itu turut mendakwa Dewan Undangan Negeri Sarawak telah sebulat suara bersetuju dengan perkara itu dan disokong oleh 630,000 orang.

“Ia tidak benar dan kami biarkan pihak polis dan SPRM untuk menyiasatnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ambrose membuat laporan di Balai Polis Gita di sini dengan turut disertai dua setiausaha politik kepada ketua menteri iaitu Buang Bolhassan dan Petrus Igat Mathias. – BERNAMA

Kategori