Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Jadi Cerita Jika...

JIKA sebelum ini heboh mengenai filem terbaharu terbitan Les's Copaque Production dan KRU,...

Penantian 50 Tahun Dapatkan...

TELUK INTAN - Penantian hampir 50 tahun seorang lelaki warga emas orang kurang...

Bersatu Tidak Terima Pemohonan...

MELAKA — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan secara membuta tuli menerima...

BN Dahului Kiraan Undi...

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) dipercayai sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi...

GEB Disasar Tingkat Jualan Eksport PKS Bumiputera

IPOH – Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) disasarkan dapat meningkatkan jualan eskport Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan meletakkan sasaran itu berikutan jualan eksport PKS bumiputera ketika ini masih rendah iaitu sekitar 18 peratus.

“Harapan kita, program GEB ini mampu meningkatkan nilai eksport PKS ke tahap lebih tinggi iaitu sebanyak 25 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke syarikat pengeluar produk susu formula bayi, My Suffy di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata program dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menyediakan geran sebanyak RM500,000 serta pinjaman sehingga RM5 juta kepada syarikat PKS yang layak.

Syarat kelayakannya termasuk syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965, beroperasi di premis berlesen, sudah beroperasi selama dua tahun dan pengusaha perlu mempunyai produk atau perkhidmatan buatan Malaysia.

Geran di bawah program tersebut adalah bagi penubuhan pejabat operasi di luar negara, aktivit promosi dan pemasaran di luar negara, pembangunan jenama serta kajian pasaran.


Ahmad berkata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia juga (MATRADE) menyediakan pelbagai bantuan dan program keusahawanan bagi usahawan bumiputera menembusi pasaran eskport.

Selain itu di Perak, sejumlah 129 projek PKS telah menerima bantuan melibatkan geran keseluruhan bernilai RM9.25 juta di bawah Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP).

“Jumlah yang diluluskan itu semakin bertambah. Pada tahun ini sebanyak 18 projek PKS membabitkan geran berjumlah RM1.4 juta diluluskan di Perak.

“Ini termasuk projek-projek membantu usahawan bumiputera meningkatkan kapasiti bagi menembusi pasaran luar negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori