Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Anak Jati Terengganu Terajui...

KUALA TERENGGANU - Amir Hakimin Che Razali dari Terengganu dilantik sebagai presiden pertama...

19 Pekerja Asing Ditahan...

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang kitar semula memproses pelbagai sisa elektronik dan bahan...

Kewujudan Trek Dikesan Lebih...

PUTRAJAYA - Saksi kedua pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal Wang...

Hamid Gurkha Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi...

Program Tanpa Beg Plastik Di Melaka Belum Menyeluruh

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka masih belum berpuas hati dengan penerimaan dan perlaksanaan program ‘Melaka Tanpa Beg Plastik’ kerana ia masih belum dilaksanakan secara menyeluruh dan memerlukan lebih banyak kerjasama pihak berkepentingan.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata pelaksanaan program itu perlu meliputi pelbagai aspek pembungkusan termasuk bagi baju, makanan dan peralatan yang dijual di pasar raya, kedai runcit atau premis jualan.

“Banyak faktor menyebabkan pelaksanaan ini belum menyeluruh kerana aspek penggunaan beg plastik ini sangat luas dan ia memerlukan kerjasama di pelbagai peringkat termasuk peniaga, pengguna, pemborong, pengilang dan sebagainya.

“Kita dapat memantau penggunaan beg plastik di peringkat kaunter jual beli di premis jualan di negeri ini namun di peringkat pembungkusan dari peringkat pemborong, pengedar dan pengilang dari luar Melaka adalah sukar dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis santai pelancaran biobeg mudah urai anjuran Sahabat Alam Sekitar (SAS) bersama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) di Pasaraya Mydin di Ayer Keroh di sini.

Turut hadir Presiden SAS Datuk Abdul Malek Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM Datuk Kamaruddin Md Shah dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka Jaiya Abu.


Mengulas lanjut, Md Yunos berkata berdasarkan situasi berkenaan, kerajaan negeri terus melaksanakan pelbagai program kesedaran awam bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kesan jangka masa panjang penggunaan beg plastik kepada kehidupan dan alam sekitar.

“Kita tidak menghalang penggunaan beg plastik di negeri ini tetapi ia perlulah beg plastik biodegradasi agar mudah terurai dan tidak memberi kesan sampingan kepada alam sekitar dan kesihatan manusia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata tiada tindakan atau penguatkuasaan undang-undang diambil setakat ini walaupun program berkenaan telah mula dikuatkuasakan lebih setahun lepas sejak 1 Sept 2015.

Katanya ia kerana tindakan berkenaan adalah jalan terakhir kerana pelaksanaan berkenaan bukan untuk menghukum mana-mana pihak sebaliknya ia bagi membentuk sebuah masyarakat dan persekitaran hijau untuk kebaikan bersama. – BERNAMA

Kategori