Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wabak E-Coli, Starbucks Hentikan...

AMERIKA SYARIKAT- Starbucks telah memberhentikan penjualan menu istimewa, Christmas Turkey dan Stuffing Paninis...

Bukan Derhaka, Tapi Prinsip...

PETALING JAYA - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed...

‘Sis Maafkan Tapi…’

KUALA LUMPUR: ‘Beri sis ruang untuk ‘hadam’ semua ini.’ Begitu reaksi penerbit dan pengarah...

Seram! Peralatan Bersenam Bergerak...

LAMAN Stomp berkongsi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook,...

PTPTN Sasar 100,000 Akaun Baharu SSPN-i Plus Tahun Ini

KUALA TERENGGANU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 akaun baharu akan dibuka di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) dengan jumlah deposit berjumlah RM550 juta pada tahun ini.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan menggerakkan kempen dengan lebih tersusun dan strategik supaya sasaran itu dapat dicapai.

“Ini hasrat PTPTN untuk menjadikan skim ini sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan pinjaman sebaliknya lebih kepada menyimpan untuk masa depan pendidikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan manfaat perlindungan takaful SSPN-i dan SSPN-i PLUS serta khairat kematian kepada waris pendeposit Allahyarham Nasir Ali, 55, di sini hari ini.

Manfaat takaful dan khairat kematian berjumlah RM519,345.51 itu diserahkan kepada anak Allahyarham, Mohammad Ilyas.


Shamsul Anuar berkata sejak dilancarkan pada 8 Jun 2015 sehingga 31 Dis 2016, sebanyak 52,615 akaun SSPN-i Plus dibuka dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM15.8 juta dan jumlah manfaat perlindungan takaful berjumlah RM2.3 bilion.

“Dan daripada itu sehingga Januari tahun ini, sebanyak 65 tuntutan melibatkan pelbagai kes dengan amaun sebanyak RM709,840 telah berjaya diselesaikan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

Kategori