Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pembalak Haram Akan Dikenakan...

KUCHING - Kerajaan Sarawak memandang serius aktiviti pembalakan haram di negeri ini dan...

Syafiq Yusof, Isteri Timang...

TAHNIAH diucapkan kepada pengarah filem, Syafiq Yusof dan isteri, Aeisha Zainal yang telah...

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama...

SYAFINAZ Yusuf terkedu menatap Kaabah. Setelah lapan hari berada di Madinah sejak tiba pada...

Usahawan MAHA: TV Alhijrah...

HANYA selepas empat hari bersiaran, semua slot promosi produk usahawan Muslim di bawah jenama...

Puas Pujuk, Ben Nathan Tetap Pilih Hidup Gelandangan

PEMINAT industri hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan penyebaran sebuah video memaparkan penyanyi popular era 1980-an, Ben Nathan kini hidup gelandangan di ibu kota.

Puas Pujuk, Ben Nathan Tetap Pilih Hidup Gelandangan

Dalam video berdurasi 32 saat itu, Ben kelihatan kusut-masai berambut panjang seolah-olah hidup tidak terurus.

Video itu lantas menimbulkan rasa simpati masyarakat Malaysia terhadap nasib kehidupannya kini.

Sementara itu, Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave yang juga rakan Ben menjelaskan dia sebenarnya sudah beberapa kali memujuk penyanyi lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu namun, dia menolak dengan pelbagai alasan.

Puas Pujuk, Ben Nathan Tetap Pilih Hidup Gelandangan

“Saya adalah kawan kepada Ben. Kalau nak tahu saya berjumpa dengannya tiga kali dalam tempoh enam bulan lalu di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

“Setiap kali berjumpa, saya mempelawanya untuk pergi makan dan membeli pakaian baru, tetapi dia menolak dan mengatakan kehidupannya baik-baik saja.

“Ramai yang mengatakan dia kurang siuman dan sebagainya tetapi dia masih kenal saya. Malah, dia memanggil saya dengan nama Islam saya iaitu Irwan Shah Abdullah.

“Sekiranya betul Ben mengalami masalah mental, dia perlu dibantu segera,” katanya.


Berikutan itu, Dave kini dalam perancangan untuk menulis surat kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu Ben.

Sementara itu, kakak kepada Ben dalam temu bual bersama Harian Metro, memberitahu, mereka sekeluarga sudah banyak kali memujuk Ben tinggal dengan mereka, namun dia enggan.

Jelasnya, Ben tetap memilih untuk hidup gelandangan namun, kadang-kala ada melawat mereka di rumah.

Menerusi video tular itu, Ben mengakui masih lagi menyanyi dan menyatakan akan ke Pulau Pinang selama tiga minggu kerana ‘out station’.

Dia juga mendakwa akan menjalani proses rakaman lagu di Jakarta, Indonesia.

Sumber: Harian Metro

#Rap #Hiburan Pertemuan Datuk DJ Dave bersama Ben Nathan

Posted by Harian Metro on Wednesday, 1 February 2017

Kategori