Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Marah Pasang...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan cukup berang jika gabungan parti pembangkang itu...

Dana AS$57 Juta Berkaitan...

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memulangkan wang sejumlah AS$57,036,688.68 bayaran...

Bajet 2022: Inisiatif Jaminkerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di...

Kompleks Sukan Bernilai RM8...

PASIR PUTEH - Sebuah kompleks sukan bernilai RM8 juta akan dibina berhampiran Terusan...

Pulak Dah… Menteri Akui Tak Tahu Annuar Digantung Mara

KETIKA negara gempar dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, rupa-rupanya langkah drastik itu tidak sampai kepada menterinya sendiri.

Perkara pelik tersebut diakui Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika dihubungi sebuah portal berita tempatan yang ingin mendapat reaksi beliau berhubung isu panas tersebut.

Anehnya keputusan yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mara, Datuk Dr. Yusof Yacob itu dilaporkan menggantung tugas Annuar termasuk sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB), berkuat kuasa dengan serta-merta.

Menurut Ismail, kuasa untuk menggantung waima melantik Pengerusi Mara sepatutnya adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri kerana ia merupakan jawatan lantikan secara politik.

“Saya tidak pasti apakah mesyuarat khas Mara ada kuasa untuk menggantung tugas pengerusinya sendiri. Saya juga tidak tahu sama ada keputusan tersebut memang mahu menggantung atau mencadangkan untuk menggantung.

“Setahu saya kuasa melantik pengerusi adalah di bawah kuasa menteri setelah mendapat persetujuan perdana menteri. Saya yakin ia termasuk memberhentikan atau menggantung,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata setakat ini beliau masih menunggu laporan mesyuarat daripada Ahli Majlis Mara tersebut berhubung perkara itu kerana pada kelaziman keputusan mesyuarat berkenaan disifatkan sebagai hanya satu cadangan.

“Saya dimaklumkan tentang mesyuarat, tetapi tidak tahu apa agendanya,” katanya. Bagaimanapun, Ismail berkata beliau akan mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang mengenai perkara pelik tersebut.

Terdahulu, keputusan penggantungan Annuar secara mengejut dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Dr. Yusof setelah bermula sejak jam 9 pagi Selasa di Ibu Pejabat Mara, di Kuala Lumpur.

Pulak Dah... Menteri Akui Tak Tahu Annuar Digantung Mara
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Isu tercetus selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Mara menerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengeluarkan dana bagi menaja pasukan bola sepak Kelantan.


Annuar menafikan dua agensi itu dipaksa menaja skuad The Red Warriors (TRW) berkenaan ketika beliau menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), sekali gus menolak kemungkinan wujud salah guna kuasa.

“Kita bersetuju untuk membincangkan isu tajaan pihak Mara melalui PMB dan UniKL terhadap pasukan bola sepak Kelantan, TRW yang menjadi tular menerusi laman sosial tempatan baru-baru ini,” menurut Dr. Yusof.

Sehubungan itu, Mara terpaksa mengambil tindakan tuntas dengan menggantung tugas Annuar supaya isu tersebut tidak berlarutan sehingga menyebabkan keyakinan rakyat kepada pengurusan kerajaan semakin terhakis.

Keputusan itu bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan dikaitkan terhadap Annuar malah beberapa individu akan dipanggil pada mesyuarat audit dalaman 7 Februari ini.

Dr. Yusof menjelaskan, siasatan hanya akan tertumpu pada dakwaan penyalahgunaan kuasa Annuar membabitkan penajaan TRW daripada PMB dan UniKL, bukan pembelian empat aset Mara yang berada di Melbourne, Australia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membuka kertas siasatan dan dalam satu kenyataan media pada Selasa, menjelaskan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman Mara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori