Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perak Komited Bina Lapangan...

IPOH - Kerajaan negeri Perak tetap akan meneruskan hasrat membina lapangan terbang baharu...

Baru Berusia 10 Tahun...

WAH tak sangka dengan hanya menjual biskut, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun...

2 Lagi Geng Samun...

KUALA LUMPUR - Dua daripada empat anggota kumpulan samun Geng 'Rizal Kundang' yang...

Obor-Obor `Tawan’ 3 Pantai...

RUPANYA nampak menarik dan cantik namun ia sebenarnya menyebabkan masalah besar kepada salah satu...

Pusat Pengundian Awal Tanjong Datu Dibuka Pukul 8 Pagi

LUNDU – Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sempadi mula dibuka pukul 8 pagi ini, dengan masing-masing menyediakan satu saluran mengundi.

Seramai 188 pemilih, atau 1.9 peratus daripada 9,959 pemilih berdaftar bagi PRK ini adalah dalam kalangan pemilih awal yang akan mengundi di dua pusat berkenaan pagi ini.

Ia merupakan dua daripada 18 pusat mengundi yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan 9,959 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu memilih wakil mereka, dengan hari mengundi ditetapkan 18 Feb ini.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Calon BN yang bertanding dalam PRK ini adalah balu Allahyarham, Datuk Amar Jamilah Anu.

Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu, menjadi lokasi untuk 101 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan pasangan mereka.


Tinjauan Bernama mendapati hujan lebat sejak semalam tidak menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dengan ada yang hadir seawal pukul 7.30 pagi.

Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Sarjan Mejar Mohd Johan Abdullah menjadi anggota pertama mengundi hari ini.

Mohd Johan, 55, berkata dia yang berasal dari Kampung Stunggang Dayak, sebuah kampung dalam kawasan Tanjong Datu sudah mengundi sejak berusia 25 tahun. – BERNAMA

Kategori