Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kuarters Pekerja Binaan Hangus...

MIRI - Kuarters pekerja binaan yang menempatkan lebih 160 pekerja warganegara Indonesia dan...

Dunia Kutuk Serangan Israel...

Serangan terbaharu Israel yang menyasarkan orang awam Palestin semalam sekali lagi mencetuskan kemarahan...

Jalin Hubungan Songsang Ketika...

PENYANYI Jason Mraz mendedahkan dia pernah menjalinkan hubungan songsang bersama seorang lelaki ketika...

Penganggur Ditahan Di Parit...

PARIT – Polis menahan seorang penganggur kerana memiliki daun ketum seberat 90 kilogram...

Pyongyang Dakwa Ujian Peluru Berpandu Berjaya

SEOUL – Korea Utara mengesahkan ia ‘berjaya’ menguji peluru berpandu balistik, lapor agensi berita KCNA hari ini.

“Peluru berpandu balistik jarak sederhana jauh, Pukguksong-2, berjaya diuji semalam,” menurut laporan.

Ia dilancarkan dari pangkalan udara Banghyon di barat wilayah Pyongan Utara, dan terbang ke timur ke arah Laut Jepun, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, mengawasi ujian itu, lapor KCNA, menambah ia dilancarkan dengan mengambil kira keselamatan negara jiran.

“Kim ‘meluahkan kepuasan berhubung pemilikan satu lagi senjata nuklear berkuasa yang menambah kekuatan negara ini,” menurut laporan.


Pelancaran peluru berpandu semalam itu dilihat sebagai ujian kepada Presiden Donald Trump, yang memberi tindak balas dengan menjanjikan sokongan 100 peratus kepada sekutunya di rantau itu, Jepun.

Peluru itu terbang kira-kira 500 kilometer sebelum jatuh ke laut. – AFP/BH ONLINE

Kategori