Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

560 Bungkus Air Ketum...

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Meskipun sebelum ini pernah dicekup kerana terlibat...

Telur Purba 2,500 Tahun...

BANDAR SHANGXING - Sepasukan ahli arkeologi China menemui satu tembikar tanah liat besar...

Kes Naya.. Bila Selfie...

BALI – Kegembiraan seorang wanita untuk mengambil gambar selfie dengan seekor monyet bertukar...

Idris Selar Pendakwah Bebas...

PUTRAJAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad...

Raja Arab Saudi Angkut 1,500 Orang Ke Indonesia

INDONESIA bakal menerima kunjungan bersejarah tidak lama lagi kerana Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz al-Saud bersama rombongan besar dilaporkan akan mengunjungi negara itu dari 1 hingga 9 Mac ini.

Lawatan itu akan membawa kontinjen terbesar kira-kira 1,500 orang, termasuk 10 menteri dan 25 putera raja.

Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Indonesia, Pramono Agung, lawatan rasmi Raja Salman berlangsung dari 1 hingga 3 Mac manakala enam hari selebihnya, rombongan itu akan berada di Bali untuk bercuti.

“Ini adalah kunjungan amat bersejarah buat kita kerana kali terakhir seorang Raja Arab Saudi melawat Indonesia adalah pada tahun 1970, iaitu 47 tahun lalu,” katanya dipetik Kompas. 

Sementara itu, Agung memberitahu, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) berharap lawatan itu akan membawa bersama pelaburan Saudi sehingga AS$25 bilion (RM111 bilion).


Presiden Jokowi dijangka akan menyambut ketibaan Raja Salman di lapangan terbang dan republik itu akan memberi penghormatan tertinggi kepada Raja Arab Saudi itu. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori