Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Koala Mungkin Akan Pupus...

SYDNEY : Beruang koala telah diisytihar sebagai spesies terancam pada Jumaat.Kerajaan Australia membuat...

Elak Sebar Berita Palsu...

SEGAMAT : Orang ramai diminta berhenti menyebarkan gambar dan maklumat palsu berhubung banjir...

Penyindir Surat Tuntutan WSJ...

RENTETAN fitnah melampau yang dibuat akhbar antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana...

Pergerakan Anggota PDRM Perlis...

KANGAR - Pergerakan semua anggota  Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis yang sedang bertugas...

Ramai Warga China Ditipu Libatkan Jutaan Ringgit

KUALA LUMPUR – Warga China kini menjadi sasaran penipuan dalam sektor hartanah tempatan serta pelbagai skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) di negara ini.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata ada warga China yang mendakwa ditipu jutaan ringgit dalam penipuan membabitkan perniagaan di Malaysia.

“Mereka datang menemui kita (MCA) bagi mendapatkan bantuan terutama mereka yang telah membeli hartanah di sini. Kita bercakap mengenai jutaan ringgit yang dilaburkan tanpa menyedari penipuan ini.

“Selepas membeli rumah di sini, mereka mendakwa ditipu oleh pemaju termasuk yang menjual tanah Bumiputera kepada mereka,” kata Chong pada sidang media di Wisma MCA di sini hari ini.

Chong juga berkata semua transaksi itu dilakukan di China dan apabila mereka datang ke Malaysia, baru mereka menyedari tiada perjanjian yang sah sehingga menyebabkan kerugian berjumlah jutaan ringgit.

Sementara itu, mengenai warga China yang ditipu pelbagai skim MLM tempatan, Chong berkata jumlah tersebut semakin meningkat.

Beliau turut mendedahkan ramai warga China terpengaruh dengan MLM kerana banyak nama orang kenamaan disalahgunakan dalam penipuan berkenaan.


“Penipu-penipu itu akan membuat tawaran yang anda boleh mendapatkan keuntungan besar dan mereka yang tamak akan terpedaya.

“Apabila mereka cuba mendapatkan bantuan, segalanya sudah terlambat. Mereka telah membuat laporan polis di sini dan pihak berkuasa sedang menyiasat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan warga China bahawa terdapat garis panduan untuk membeli hartanah di negara ini, dan mereka juga boleh mendapatkan nasihat daripada peguam atau merujuk kepada Kedutaan Malaysia di negara mereka sebelum membuat pembayaran.

“Mereka juga boleh mendapatkan maklumat daripada kami (Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA) atau Majlis Penasihat Kebajikan Malaysia-China yang diiktiraf oleh Kedutaan China,” kata Chong. – BERNAMA

Kategori