Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tapak Geologi Tanjung Batu...

LABUAN - Tapak geologi Tanjung Batu, satu daripada enam tapak di Labuan yang...

75,352 Pesara Terima RM500...

PUTRAJAYA - Sebanyak 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 akan menerima bayaran khas...

Eksport Halal Meningkat Tahun...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menyasar eksport halal negara terus...

Rob Friend Dilantik CEO...

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert...

Ramona Zamzam Terkilan Dituduh Tak Mahu Anak

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata yang akan mengukuhkan lagi ikatan pasangan suami isteri.

Namun semua itu bergantung kepada rezeki dari Yang Maha kuasa sama ada cepat atau lambat.

Begitu juga dengan bekas finalis Dewi Remaja 2010 ini, Ramona Zamzam yang telah mendirikan rumah tangga selama dua tahun bersama jejaka pilihan, Rami Alaskar.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini hangat diperkatakan bahawa pelakon ini menolak untuk mempunyai cahaya mata. Pun begitu, dakwaan itu ditepis oleh Ramona sendiri.

Ramona Zamzam Terkilan Dituduh Tak Mahu Anak

Ramona Zamzam Terkilan Dituduh Tak Mahu Anak

“Setiap orang yang mendirikan rumah tangga pasti ada impian untuk memiliki cahaya mata dan ia tidak terkecuali buat saya dan suami, cuma bukan pada waktu in,” katanya kepada mstar online.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam yang sering memuat naik foto mesranya bersama suami Rami Alashkar di Instagram, berasa terkilan kerana ada sesetengah pihak yang mencemburui kemesraannya dan suami.


“Disebabkan mereka melihat saya dan suami kerap bercuti bersama dengan aksi mesra di laman Instagram, ramai yang mula mengandaikan yang bukan-bukan sedangkan mereka tidak mengenali kami.”

Tambah Ramona lagi, buat masa ini fokus dan tumpuannya adalah kepada kerjaya seninya dan meluangkan masa bersama suami melawati tempat-tempat percutian yang dirancang.

Jika sudah bergelar ibu nanti, sudah pasti tumpuan dan komitmennya akan lebih tertumpu kepada anak itu.

“Saya dan suami sememangnya suka melancong dan kesempatan ini kami ambil sementara belum mempuyai cahayamata kerana kami tahu bila mempunyai anak nanti, komitmen kami akan lebih tertumpu kepada anak,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mstar online

Kategori