Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Mesti Tonton! ‘Bedah’...

Bomoh 'bedah batin' atau ghaib sebenarnya tak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu di...

GAMBAR : Ini Wajah...

Wajah-wajah juara pertandingan ratu cantik pada masa kini semuanya jelita belaka sesuai dengan...

Enam Anggota Keselamatan, Seorang...

NARATHIWAT – Enam anggota keselamatan dan seorang awam cedera dalam kejadian tembakan dan...

Cerita 8 Pengebom Berani...

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu hari ini memberi amaran kepada pengguna media...

Rasuah: Bekas YDP Dan 2 Kontraktor Direman 7 Hari

SEREMBAN – Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini dan dua kontraktor direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan di Mahkamah Khas di sini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Ketiga-tiga mereka tiba di perkarangan mahkamah pada 10 pagi dengan berpakaian lokap menaiki kenderaan SPRM.

Semalam, SPRM menahan bekas YDP itu yang bergelar ‘Datuk’ kerana disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa.


Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan SPRM itu ialah tiga kontraktor yang disyaki dianugerahkan beberapa projek melibatkan pejabat daerah dan majlis perbandaran yang suspek pernah bertugas.

Suspek berusia 63 tahun itu ditahan di kediamannya di Seremban, 11.30 pagi semalam. – BERNAMA

Kategori