Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Pegawai Kanan TLDM Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihadapkan ke...

PDRM Gagal Teruskan Rentak...

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal meneruskan rentak kemenangan apabila terikat...

5 Ditahan, 11 Rumah...

SANDAKAN - Sebanyak 11 rumah diroboh dalam Operasi Bersepadu oleh Jabatan Perhutanan Sabah...

Kaum India Terlibat Dalam...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Remaja 17 Tahun Bunuh Lebih 30 Orang Sejak Usia 12 Tahun

BOGOTA – Umurnya baharu belasan tahun namun agak mengejutkan apabila polis Colombia akhirnya menangkap remaja berusia 17 tahun yang dituduh melakukan lebih 30 pembunuhan.

Memandangkan dasar perlindungan ketat terhadap golongan bawah umur di negara itu, pihak berkuasa cuma mengenal pasti identiti pembunuh remaja itu dengan nama gelaran ‘Frijolito.’

Polis di Cali, semalam berkata penjenayah bahaya itu ditangkap minggu ini selepas gerakan memburu selama empat bulan.

Remaja itu didakwa mula membunuh pada usia 12 tahun dan membina reputasi kerana kekejaman sebagai ketua kumpulan penyeludupan dadah dan pembunuh upahan yang menakutkan bandar raya itu di selatan Colombia.

Jenayah terakhirnya adalah dua pembunuhan di pusat beli belah di Cali.


Pihak berkuasa berkata, dia ditahan di pusat tahanan juvana tetapi akan dipindahkan ke penjara apabila berusia 18 tahun. – AP/BH ONLINE

Kategori