Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Richard Morais Akan Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Datuk Richard Dillan Morais, adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk...

Kemalangan 8 Kenderaan Di...

SEKURANG-KURANGNYA lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan bertembung sesama sendiri di kilometer 5.4 Jambatan...

7,200 Anggota Ditugaskan Dalam...

KUALA LUMPUR - Seramai 7,200 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam...

Ahmad Bashah Ziarah Keluarga...

​​​JITRA - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini...

Remaja Maut, Rakan Parah Dalam Kemalangan

SEREMBAN – Seorang penunggang maut manakala rakannya parah apabila motosikal mereka melanggar belakang sebuah kereta di Km 25.5 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif berkata dalam kejadian 10.22 malam itu, Taufik Ali Adam, 17, maut di tempat kejadian manakala pembonceng, Mohamad Hisyamuddin Mustapa, 17, cedera parah.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila motosikal dari arah Seremban menghala ke Rembau itu melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan dan tiba-tiba membelok ke kanan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Ibrahim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala rakannya dirawat di zon kuning (separa kritikal) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.


Pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori