Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Terima Kasih Kerajaan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Rekaan Konsep Apple ‘FIiPhone’...

APPLE iPhone versi pertama muncul pada tahun 2007 dan ini sekaligus mengubah dunia...

4 Pekerja Lombong Selamat...

HONG KONG - Empat pekerja yang terperangkap selama 36 hari akibat runtuhan lombong...

Pengurusan Kes Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk...

Remaja Terlibat Kes Ragut Di Sandakan Ditahan

SANDAKAN – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ragut di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata bertindak atas maklumat kejadian ragut pada 7 Feb lepas, polis berjaya menangkap suspek dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Utara dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

“Polis turut merampas beberapa barang yang dipercayai hasil ragut iaitu telefon bimbit dan beg tangan serta beberapa kad ATM,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau termasuk kesalahan dadah.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang 7 Feb lepas, seorang wanita berusia 44 tahun diragut ketika berjoging bersama suaminya di sebuah kawasan perumahan di Batu 2 dekat sini.


Semasa kejadian itu, dompet milik mangsa telah diragut dua lelaki yang menaiki motosikal dan mangsa mengalami kerugian RM2,500.

Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Kategori