Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Tiba Untuk Lawatan...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan...

Kurus Bukan Untuk Cantik...

PELAKON versatil, Ellie Suriaty Omar sebagai aktres tidak perlu dipertikaikan lagi sama ada...

Mourinho Ramal England Tersingkir...

JANGKAAN... Jose Mourinho meramalkan England akan tersingkir dari Piala Dunia 2018 di tangan...

Rohana Jalil Sudah Berhijab,...

DALAM diam rupanya penyanyi senior, Rohana Jalil sudah pun berhijab sejak Ramadhan lalu.Perkhabaran...

Rogol Ibu Tunggal: Lelaki Dihukum Penjara, 3 Sebatan

KUALA PILAH – Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, pada 11 Feb lepas.

Razali Mohd Radzi, 34, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Narimah Badruddin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Feb lepas kira-kira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Guntur, Padang Lebar Batu Kikir.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohamad Azri mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Razali turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Alau’ddin Baharom atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bermula dari tarikh dia ditangkap dan dikenakan denda sebanyak RM3,000, atau penjara enam bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Rinisha Priyya. – BERNAMA

Kategori