Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemilik Restoran Pecat Pelayan...

TIGA buah restoran di Guangzhou terpaksa `memecat' semua robot mereka yang dijadikan sebagai pelayan...

Kecewa Kek Ditempah Tema...

PETALING JAYA — Seorang wanita meluahkan kekecewaan di media sosial apabila kek yang...

Bekas Pengurus Pemasaran TM...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang bekas pengurus...

Perkahwinan Janda Ashley Cole...

PERKAHWINAN bekas anggota kumpulan Girls Aloud, Cheryl Fernandez-Versini sebelum ini dikhabarkan sedang berantakan...

Rompak Wang Tunai & Rokok, Kelindan Lori Dijel 50 Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan samun, hari ini dihukum penjara 50 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merompak.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Danes Kumar, 20, selepas dia mengaku bersalah melakukan rompak berkumpulan bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas, ke atas Dipak Uperkuti iaitu penjaga kaunter KK Supermart & Superstore di Taman Midah, Cheras, pada 2.03 pagi, 20 Sept 2016.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Sept tahun lalu.

Antara barangan yang dirompak ialah wang tunai dan lapan kotak rokok milik pasar raya tersebut yang bernilai keseluruhan RM805 dan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Kesekseaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Sebelum ini, tertuduh yang bekerja sebagai kelindan lori telah disabitkan kesalahan samun dan sedang menjalani hukuman penjara 50 bulan dengan dua sebatan di Penjara Kajang.


Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat.

Tertuduh yang diwakili peguam N. Zenathnara memohon hukuman penjara minimum atas alasan tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian dan tertuduh juga tidak menggunakan senjata ketika rompakan. – BERNAMA

Kategori