Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Puding Trifle Yang Mengiurkan

Bahan bahan:1 pek kek pound 2 kotak jelly (merah dan hijau) 1 tin buah buahan...

Tuaian Jagung Bijirin Atasi...

KEMAMAN - Projek Perintis Jagung Bijirin yang ditanam di Kampung Dadong, dekat sini...

Ribuan Buku Nikah Dicuri,...

JAKARTA: Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) dan Keluarga, Kementerian Agama, memaklumkan ribuan buku...

Bercinta Dengan Bukan Lelaki...

CHINA – Enam tahun…. ia merupakan satu jangka waktu yang panjang yang terpaksa...

Running Man Dikritik Paksa Ji Hyo Sentuh Serangga

RANCANGAN candawara nombor satu Korea, Running Man diselar oleh peminatnya gara-gara memaksa satu-satunya peserta wanita dalam program itu untuk menyentuh serangga.

Song Ji Hyo atau Ji Hyo dipaksa menyentuh serangga merangkak (sejenis ulat gonggok gergasi) yang diletakkan di dalam kotak misteri sebagai hukuman kerana tidak berjaya menyempurnakan misinya.

Difahamkan Ji Hyo merupakan seorang yang takut akan serangga.

Menerusi episod yang disiarkan pada 5 Februari itu, HaHa terpaksa memilih salah seorang diantara tiga peserta yang tidak berjaya menamatkan misi mereka iaitu Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo.

Ji Hyo merayu kepada HaHa supaya dirinya diselamatkan daripada menjalani hukuman itu.

Melihat kepada reaksi Ji Hyo yang ketakutan, HaHa terus memilih untuk menyelamatkan satu-satunya anggota wanita Running Man itu.

Sebaik saja terlepas daripada hukuman tersebut, dalam keadaan panik Ji Hyo menarik tangannya dan berlari menjauhkan diri daripada kotak tersebut sehingga dia terjatuh.

Melihatkan insiden itu, ramai peminat rancangan tersebut berasa kasihan kepada Ji Hyo dan mengutuk kakitangan rancangan terbabit.


Antara komen-komen yang diluahkan oleh peminat Running Man menerusi aplikasi Naver adalah:

“Kakitangan produksi sudah melanpaui batas.”

“Adakah mereka anggap bahawa kami akan terhibur dengan penderitaan dan kesakitan orang lain? Apa dah jadi dengan kakitangan produksi ini.”

“Ji Hyo seperti hendak menangis… Kakitangan produksi sepatutnya kawal tahap denda atau hukuman yang diberikan kepada peserta. HaHa tidak tahu apa yang dirancang… Ini sudah melampau.” – MYNEWSHUB.CC

Kategori