Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Pegawai Kanan DBKL...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya...

1,116 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19, hari ini direkodkan sebanyak 1,116 kes, menurun...

Kena Bunuh Lepas Ugut...

JOHOR BAHRU - Polis percaya berjaya menyelesaikan kes pembunuhan terhadap seorang pemandu lori...

Batal Perjanjian Dari Sudut...

SEPERTI biasa pihak Pembangkang akan memutar belit apa sahaja isu di depan mereka....

SAM Akan Main Peranan Dalam Menjayakan TN50

PUTRAJAYA – Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) akan turut memainkan peranan dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50) melalui penulisan.

“SAM akan memainkan peranan khususnya di peringkat kepimpinan dan juga ahli-ahli untuk memastikan peranan media sukan ini mampu mencipta dan melahirkan ‘sense of belonging’ (rasa kekitaan) yang lebih kuat dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata presidennya Ahmad Khawari Isa.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya, bersama-sama kepimpinan persatuan berkenaan di sini hari ini.

“Mesej utama daripada Datuk Seri Ahmad Zahid (dalam pertemuan itu), mahukan SAM memainkan peranan aktif dalam menjayakan (TN50).

“Di mana SAM melalui wadah sukan diminta menghasilkan penulisan berkesan di mana sukan diletakkan sebagai agen penyatuan rakyat,” kata Ahmad Khawari.

Menurut Ahmad Khawari, kunjungan hormat kepimpinan SAM itu untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat pada Kongres Persatuan Penulis Sukan Asia (AIPS Asia) dan juga Anugerah SAM 2016 pada minggu hadapan.

“Datuk Seri Ahmad Zahid telahpun bersetuju untuk hadir dan dijadualkan akan memberi amanat khas terutamanya kepada delegasi Kongres AIPS Asia.


Beliau telah menjanjikan sokongan dari segi suntikan dana dan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, yang akan menyediakan lorong khas untuk delegasi,” kata Ahmad Khawari, yang juga Naib Presiden AIPS Asia.

Kongres itu akan melibatkan perwakilan dari 31 buah negara.

“Ini adalah kali pertama Malaysia dan SAM menjadi tuan rumah bagi kongres berkenaan.

Dari segi jumlah perwakilan, lebih 90 peratus adalah keahlian AIPS Asia, katanya. – BERNAMA

Kategori