MESKIPUN berasa sayu kerana tidak dapat bersama-sama keluarga dan sanak saudara pada sambutan tahun baharu Cina ini, sekumpulan pramugari MAS tidak menganggap ia satu halangan.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Malaysia Airlines memaparkan gaya kreatif krew kabin MAS yang meraikan sambutan tahun baharu Cina dalam keadaan meriah.
Dalam video yang berdurasi 31 saat itu memaparkan seorang wanita menjadikan kotak sebagai gendang sementara rakannya menari tarian singa dengan kotak di kepala dan ditutup badan dengan kain berwarna ungu.
Baca: Iklan Tahun Baharu Cina Malaysia Airlines Cukup Unik
Sekumpulan krew kabin itu turut meraikan tahun baru dengan jamuan yee sang di dalam kapal terbang.
Bagaimanapun tidak didedahkan mengenai status penerbangan yang dinaiki kira-kira lapan krew kabin dan pramugari MAS itu.
Video tersebut dimuat naik pada Selasa lalu dengan kapsyen krew MAS yang tidak dapat pulang meraikan tahun baharu Cina telah diraikan mengikut kreativiti mereka.
Perkongsian video tersebut nyata menerima reaksi postitif netizen yang turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada krew dan pramugari MAS. – MYNEWSHUB.CC