Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KPDNKK Rampas 40 Tan...

PUTRAJAYA - Kira-kira 40 tan minyak masak dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...

Seramai 679 Pelajar Ditangkap...

KUALA TERENGGANU – Seramai 679 pelajar telah ditangkap di seluruh negara tahun lepas...

Bapa Mia Sara Terkejut...

BAPA pelakon cilik Mia Sara, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh mengakui terkejut dengan laporan...

Muhammad Jafri Intai Peluang...

KUALA LUMPUR - Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) negara, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus...

“Sangat Sakit, Sangat Sakit”: Kata-Kata Terakhir Jong-nam

KUALA LUMPUR – “Very painful, very painful, I was sprayed liquid”  (Sangat sakit, sangat sakit, saya disembur cecair).

Inilah kata-kata terakhir Kim Jong-nam, sebelum dia rebah akibat diracun oleh dua orang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang, Selangor pada Isnin lalu.

Menurut China Press, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu berjalan sejauh kira-kira 15 meter ke kaunter pertanyaan lapangan terbang untuk mendapatkan bantuan selepas serangan yang berlaku di tingkat 4, berhampiran balai perlepasan.

Memetik sumber daripada pihak polis, akhbar tersebut melaporkan pada Jumaat bahawa Jong-nam menunjukkan raut wajah sedang menahan kesakitan semasa dia menuturkan kata-kata terakhirnya dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun menurut akhbar tersebut, selepas itu, mangsa yang berusia 46 tahun itu hanya mampu mendengus.


Staf di kaunter perkhidmatan tersebut kemudiannya bertindak pantas memanggil polis bantuan untuk segera membawa lelaki itu ke klinik yang terletak di tingkat 3 lapangan terbang tersebut.

Bagaimanapun, Jong-nam telah tidak sedarkan diri dan doktor di klinik tersebut memutuskan bahawa keadaan lelaki itu terlalu serius sebelum mengarahkan untuk menghantar Jong-nam ke Hospital Putrajaya.

Namun, Jong-nam meninggal dunia ketika dibawa ambulans dalam perjalanannya ke hospital tersebut. – MYNEWSHUB.CC/SK

Kategori