Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Netizen Sifatkan Fahmi Reza...

Fahmi Reza sepatutnya mengambil kesempatan di atas perkenan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk...

Polis Melaka Rampas Dadah...

ALOR GAJAH - Polis menahan dua lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan...

Import Telur Dari India...

PUTRAJAYA - Mengimport telur dari India hanyalah langkah sementara untuk menampung permintaan iaitu...

Masjidil Aqsa: Israel Terus...

PADA 2005 - ketika penulis pertama kali memasuki sempadan Israel melalui Hebron menuju...

Pemuda Turki Obses Dengan Kereta Keluaran Proton

MESKIPUN sukar mendapatkan alat ganti kereta buatan Malaysia ini, namun ia bukanlah halangan bagi pengguna dan peminat kenderaan jenama Proton dari kalangan warga Turki.

Hami Akyuz, seorang pemuda Turki yang berumur 19 tahun dari Istanbul merupakan salah seorang peminat tegar proton dan telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis kereta Proton sejak lapan tahun lalu.

“Proton adalah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli. Saya dan peminat jenama kereta Malaysia ini juga amat berharap model baharu Proton dapat masuk ke Turki lagi,” ujarnya dipetik Sinar Harian. 

Pemuda Turki Obses Dengan Kereta Keluaran Proton

Pemuda Turki Obses Dengan Kereta Keluaran Proton

Difahamkan, kereta Proton model lama seperti Wira, Saga dan Waja sehingga kini masih dijadikan pilihan segelintir warga kota dan pemandu teksi di negara itu.

Malah, terdapat sebuah ‘Kelab Proton Turki’ yang ditubuhkan bagi menghimpunkan para pengguna dan pencinta kenderaan Proton.

Pemuda Turki Obses Dengan Kereta Keluaran Proton

Pemuda Turki Obses Dengan Kereta Keluaran Proton

Menurut Hami, antara sebab utama mereka membeli dan menggunakan kenderaan Proton ialah untuk menyokong kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di samping harga Proton yang amat berpatutan.

“Dari segi aspek keseluruhan, Proton merupakan sebuah kenderaan berkualiti, selesa, kukuh dan baik dari segi pemanduan.

“Namun kami berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta proton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat gantinya,” katanya.

Sementara itu, Okan, 33, yang turut berasal dari Istanbul mengatakan dia mula memandu kereta Proton sejak dua tahun lalu.


Pemuda Turki Obses Dengan Kereta Keluaran Proton

Bagi dia yang pernah bekerja dalam sektor kenderaan dan sudah biasa dengan pelbagai jenama kereta lain, Proton dianggap sebagai antara jenama automobil yang berkualiti tinggi.

“Proton mempunyai prestasi yang baik setanding dengan jenama kenderaan dari negara lain.

“Sekiranya dilihat kepada harganya yang berpatutan, ia merupakan salah sebuah kenderaan yang terbaik,” jelasnya.

Proton difahamkan dibawa masuk ke negara itu seawal tahun 1993 dengan model Proton Wira tetapi hanya empat buah sahaja diperkenalkan untuk pertunjukan kereta.

Kemudian Proton kembali memasuki pasaran Turki pada 1997 di bawah kendalian JetPA tetapi hanya bertahan sehingga tahun 2000 selepas syarikat tersebut mengalami masalah.

Pada 2004, Proton sekali lagi dibawa masuk ke Turki di bawah Ulumotor yang bertindak sebagai pengedar utama di Turki sehingga ke hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori