Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tersentuh Hati Mendengar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan...

Facebook Bantu Pengguna Nilai...

SAN FRANCISCO - Facebook berkata ia akan membantu pengguna melihat sama ada mereka...

Suspek Buat Seks Di...

Susulan kes pasangan melakukan hubungan seks di balkoni sebuah kondominium di Bangsar baru-baru...

Kedah Terima Hujan Lebat...

ALOR SETAR - Kedah dijangka menerima hujan lebat berterusan sehingga November ini, kata...

“Saya Tak Tahu Dia Nak Ajak Tidur Sini”

“SAYA tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan seorang pelajar tingkatan tiga selepas kantoi ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian Khamis lalu, calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama teman lelakinya diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam memberitahu menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutama pada malam minggu.

Katanya, siasatan mendapati pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum sama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabit sehingga Sabtu.

“Gadis itu memberitahu kekasihnya yang juga bersekolah di sekolah berhampiran sentiasa menjemputnya balik dari asrama setiap kali ibunya tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.

“Malah, petang tadi (hari kejadian), dia mendakwa teman lelakinya terpaksa mengambilnya di asrama kerana ibunya tiada dan pergi ke Kuala Lumpur kerana ada urusan kerja,” katanya memetik portal Sinar Harian.

Jelasnya lagi, remaja itu mengakui menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya sejak November tahun lalu selepas berkenalan di gerai kuih ibunya, bagaimanapun mendakwa langsung tidak menyangka teman lelakinya itu berani mengajak tidur di bilik hotel terbabit.


“Malah dia mendakwa lelaki itu memang tidak pernah sesekali memaklumkan kepadanya berkaitan perancangan bermalam di situ kerana sebelum ini, teman lelakinya berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah.

“Dalam masa sama, gadis itu mengakui memang sebelum ini teman lelakinya pernah menemaninya bermalam di rumah ketika ibunya tiada di rumah,” katanya.

Wan Mohd berkata, kedua-dua remaja itu di bawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana berkhalwat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori