SPEKULASI yang timbul menyatakan pelakon popular Scha Alyahya kini sedang hamil akhirnya terjawab apabila isteri kepada Awal Ashaari itu menafikan hal tersebut.
Baca: Perut Scha Nampak ‘Berisi’ Buat Peminat Berteka-Teki
Menurut Scha, barangkali orang beranggapan dirinya hamil kerana baju kain jenis baldu yang dipakainya menampakkan dirinya sedikit berisi.
“Taklah. Secara logik pun, saya kini kerap bersenam secara intensif dengan jurulatih kecergasan. Tidak mungkin saya masih aktif bersenam sebegitu rupa kalau sedang hamil.
“Saya andaikan, orang beranggapan saya hamil kerana baju itu memang menampakkan saya sedikit besar dan kembang. Kita semua tahu, kain baldu memang tebal.
“Saya sepatutnya mengenakan tali pada bahagian pinggang, tetapi saya membukanya,” kata Scha kepada BH Online.
Semalam, tindakan Awal memuat naik gambarnya bersama Scha yang kelihatan sedikit buncit menimbulkan tanda tanya peminat adakah artis jelita itu sedang berbadan duit.
Pada masa yang sama, Scha akui dia bersyukur kerana peminat perkara baik-baik untuknya dan keluarga.
Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012, dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Lara Alana, 2. – MYNEWSHUB.CC