Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pendaratan Cemas C130 Hercules...

LABUAN - Juruterbang pesawat angkut C130 Hercules bersama lapan anak kapal lain yang...

Polis Bali Buru 4...

JAKARTA - Polis Bali meneruskan usaha memburu empat banduan warga asing termasuk seorang...

‘Guan Eng Letak Jawatan?...

Pendirian DAP adalah untuk menunggu keputusan mahkamah sebelum membuat keputusan berhubung nasib pengerusinya...

Najib Fail Saman Terhadap...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Najib Razak memfailkan saman terhadap AmBank dan...

Sebutan Semula Kes CEO Didakwa Pecah Amanah 29 Mac

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pembekal minyak kapal terbang bergelar Datuk Seri yang didakwa atas pertuduhan pecah amanah lebih RM300,000.

Hakim Hilmiah Yusof menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut dihadapannya.

Pada 15 Dis tahun lepas, tertuduh Datuk Seri Anuar Ghazali, 47, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya menggunakan lima keping cek berjumlah RM306,000 milik syarikat Carrier Corp Petroleum Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat tersebut di D-09-10, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara di sini antara 8 pagi hingga 5 petang, pada 26 Nov hingga 23 Dis tahun lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim manakala Wan Azmir Wan Majid mewakili Anuar. – BERNAMA

Kategori