Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Banjir Selatan Thai Ragut...

BANGKOK - Banjir yang melanda di 12 wilayah selatan Thailand sejak awal bulan...

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5...

Mahkamah Dengar Hujah Kes...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar petang ini penghujahan secara...

Batal ECRL Sekat Kemajuan...

PEMBATALAN projek keretapi dari Pantai Barat ke Pantai Timur (ECRL) yang diputuskan semasa...

Selain Sabah, Perogol Bersiri Juga Tak Boleh Ke Sarawak

KUCHING – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. James Jemut Masing mahu perogol bersiri dari Kanada, Selva Kumar Subbiah dihalang daripada memasuki negeri ini.

Masing berkata, beliau malah akan mencadangkan perkara tersebut kepada Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, ramai individu yang melakukan kesalahan yang lebih kecil (berbanding Selva Kumar) pun dihalang daripada memasuki negeri ini.

“Dia melakukan kesalahan yang agak serius dan sewajarnya kita menghalangnya memasuki Sarawak,” kata Masing ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, kerajaan negeri Sabah menjadi pentadbiran negeri pertama di negara ini memutuskan untuk menghalang Selva Kumar daripada memasuki negeri itu.


Arahan kepada Jabatan Imigresen Sabah dikuatkuasakan serta-merta, kerana Selva Kumar dianggap sebagai individu yang berisiko tinggi.

Selva Kumar, yang disyaki melakukan serangan seksual terhadap kira-kira 1,000 wanita, dihantar pulang dari Kanada, selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di negara itu. – BH Online

Kategori