Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Ditahan, Ganja...

GOMBAK - Dua lelaki tempatan yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Suri Rumah Lesap RM181,650...

IPOH: Kes individu terperdaya dengan 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon nampaknya...

Resipi Cucur Ikan Bilis...

Cuaca yang berangin sepoi-sepoi bahasa begini, hati penulis terasa syahdu untuk menikmati minum...

Selendang Hijau ‘Ikatan Terakhir’ Kekasih Bunuh Diri

TERTEKAN akibat hubungan tidak direstui keluarga, sepasang kekasih nekad mengikat badan mereka dengan menggunakan selendang hijau sebelum membunuh diri.

Pasangan itu dilaporkan terjun ke dalam tasik Batur, Kintamani, Kabupaten Bangli, Bali, Indonesia pada Isnin lalu, menurut laporan media tempatan.

Mayat pasangan kekasih I Nengah Asih, 38, dan Ni Ketut Pratiwi, 18, dijumpai tenggelam dalam tasik dan berdekatan antara satu sama lain sambil memandang selendang menjadi pengikat.

Keluarga mangsa turut menemukan surat berbahasa Bali di dalam kereta Nengah Asih setelah mereka bunuh diri.

“Bli, saya tidak pernah mencarikan Bli hal yang bukan-bukan. Saya memang suka dengan, Bli. Saya tidak berniat untuk merendahkan keluarga, Bli.

“Saya meminta maaf pada keluarga kamu jika memang saya mempunyai kesalahan. (Saya tidak pernah mencarikan Bli guna-guna),” tulis lelaki itu.


Selendang Hijau Jadi 'Ikatan Terakhir' Sepasang Kekasih Bunuh Diri
Hubungan cinta pasangan ini tidak direstui keluarga kerana Nengah Asih sudah pun berkahwin sejak 14 tahun lalu dan Ni Ketut masih berstatus pelajar.

Difahamkan, Nengah Asih mengalami masalah rumah tangga dan mereka masih belum mempunyai anak. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Tribunews

Kategori