MESKIPUN memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang sempurna namun faktor itu tidak sesekali memberi jaminan bahawa anda seorang yang bertuah dalam percintaan.
Itulah yang dialami oleh salah seorang anggota kumpulan girl band Korea Selatan ini; Somi I.O.I atau Jeon Somi apabila ditinggalkan teman lelakinya hanya selepas seminggu mereka berpacaran.
Pendedahan itu dibuat oleh Somi di dalam program Unnie’s Slam Dunk, baru-baru ini.
Kata Somi, dia ditinggalkan oleh bekas teman lelakinya itu kerana tidak memenuhi ciri-ciri seorang wanita yang dicari.
“Saya pernah bercinta sebelum ini tetapi hubungan itu hanya bertahan selama seminggu sahaja.
“Alasan dia memutuskan hubungan kami adalah kerana saya tidak memenuhi kriteria yang dicari,” katanya memetik Koreaboo.
Pada awal tahun lalu, Somi pernah ‘meluahkan’ perasaan kepada media tempatan negara itu bahawa dia tidak pernah bercinta dan teringin untuk mempunyai teman lelaki.
“Saya mahukan teman lelaki kerana tidak pernah merasai pengalaman bertemu janji.
“Sewaktu zaman sekolah rendah dahulu pernah bercinta sebanyak dua kali tapi itu hanyalah cinta monyet dan bukannya serius,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, kumpulan I.O.I yang dianggotai oleh 11 gadis comel ini telah dibubarkan pada tahun lalu dan single terakhir kumpulan tersebut berjudul Downpour baru sahaja dikeluarkan pada Januari lalu.
Downpour merupakan ‘kata-kata’ selamat tinggal dari kumpulan itu buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya mereka sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC