Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pekebun Kecil Raih Pendapatan...

PASIR MAS - Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin bertegas bahawa hasil tanaman...

Dalam Senyap, RTM Bersedia...

KETIKA masyarakat kecoh susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu sehingga...

JAS Pahang Sahkan Sungai...

PUTRAJAYA - Jabatan Alam sekitar (JAS) Pahang mengesahkan air di Sungai Telang, Kampung...

Tudung Neelofa Mula Masuki...

KUALA LUMPUR - Syarikat hijab terkemuka, Naelofar Hijab, berhasrat mengukuhkan lagi empayar perniagaan...

Seorang Pelajar Malaysia Lemas Di Tasik Karapiro, NZ

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia, Abdul Amzar Azim Azmi yang dilaporkan hilang semalam, ditemui lemas di Tasik Karapiro, kira-kira 30 kilometer dari bandar Hamilton, New Zealand tengah hari ini.

Mayat pelajar itu ditemui pihak berkuasa tempatan setelah hilang sejak 3.30 petang Ahad sewaktu berada di kawasan berkenaan bersama rakannya.

Kementerian Luar yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington telah berada di Hamilton bagi tujuan penyelarasan dengan pihak berkuasa di sana dan menghulurkan bantuan sewajarnya.

“Kementerian mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terlibat dengan insiden tersebut,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan.

Menurut laporan akhbar edisi digital tempatan, NZ Herald, mayat pelajar berusia 21 tahun itu ditemui tidak jauh daripada tempat dia dilaporkan hilang pada Ahad.


Mangsa, pelajar di Universiti Waikato dikatakan berenang di kawasan tasik yang mempunyai kedalaman antara enam dan lapan meter itu manakala beberapa rakannya hanya memerhatikan dari tebing sebelum tiba-tiba dikatakan hilang.

Operasi mencari menyelamat mulanya menggunakan jet ski tetapi gagal menemui mangsa sebelum sebuah helikopter digunakan dalam pencarian itu. – BERNAMA

Kategori