Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Cedera Parah...

ALOR SETAR - Seorang warga emas ditemui dalam keadaan cedera parah dengan kesan...

Usah Gusar Permintaan Ekstradisi...

BATU PAHAT - Mana-mana negara tidak perlu gusar terhadap Malaysia yang menerima permintaan...

Islam Bakal Muncul Agama...

NEW YORK - Agama Islam diramalkan bakal mempunyai jumlah penganut paling ramai di...

KBS Cadang Tubuh Universiti...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mencadangkan kepada Kabinet...

Sharbinee Masih Direhatkan – Irfan Bakti

KUALA TERENGGANU – Penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tidak akan diturunkan dalam saingan Piala FA menentang Felcra di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini.

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata pemain itu masih memerlukan rehat selepas menjalani rawatan di Kelantan baru-baru ini.

Mohd Sharbinee dilaporkan mengalami masalah jangkitan paru-paru dan posisinya akan diisi oleh Amierul Hakimi Awang.

“Kita akan rehatkan beliau sementara bagi membolehkannya menjalani rawatan dan semoga cepat pulih agar dapat kembali beraksi.

“Selain itu beberapa pemain lain juga tidak akan diturunkan malam ini sebagai persediaan menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Perdana, Jumaat ini,” katanya kepada Bernama.


Mengulas aksi Piala FA malam ini, Irfan Bakti mahukan anak buahnya melupakan kemenangan tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Perdana, sebaliknya memberi perhatian penuh untuk pertemuan dengan Felcra.

“Pemain tidak boleh mengambil mudah kemampuan lawan, sebaliknya terus bertekad mempamerkan aksi terbaik,” katanya. – BERNAMA

Kategori