Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Pulih Selepas...

SINGAPURA - Harga minyak pulih hari ini apabila peniaga mengambil pegangan dan membeli...

Zuraida Mohon Bercuti Dari...

AMPANG - Zuraida Kamaruddin menyerahkan permohonan bercuti daripada menjalankan tugas naib presiden PKR...

TLDM, Tentera Laut Diraja...

PETALING JAYA Kerjasama dua hala dalam aspek keselamatan maritim antara Tentera Laut Diraja...

Ika Nabella Dedah Azma...

AKIBAT cedera ditumbuk seorang pengarah, pelakon Ika Nabella bertindak menarik diri daripada terus...

Sharnaaz Ahmad Sound Tepat Fattah Amin!

KEWUJUDAN buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin ternyata menimbulkan amarah pelakon Sharnaaz atau nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad.

Beliau dalam satu status di laman sosial mempersoalkan sejauh mana pencapaian Fattah hingga boleh menganggap dirinya mempunyai bakat untuk menulis buku.

Sharnaaz dipercayai tidak berpuas hati dengan penerbitan buku itu kerana kandungannya menyentuh tentang beliau.

“Apa pencapaian kau nak tulis buku? ‘Dude’ tak semua atas muka bumi ni Tuhan cipta yang kau ada bakat.

“Aku tak pernah kacau hidup orang, jangan petik hal aku. Jangan kacau keluarga aku. Hina keluarga aku. Itu jam mau tau lah singa kandang atau patung.

“Aku ada tulis buku komik kau nak? Aku bagi free ja,” katanya.

Sharnaaz Ahmad Sound Tepat Fattah Amin!
Fattah bergambar bersama peminat pada majlis pelancaran bukunya yang berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin.

Sebelum ini, Fattah, 27, memberitahu antara kata-kata istimewa yang dikongsi dalam bukunya itu berkaitan lakonannya pernah dikritik sebagai kayu oleh seseorang.


Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM58 senaskah di semenanjung dan RM65 di Sabah dan Sarawak.

Sharnaaz seterusnya mempersoalkan berapa tinggi nilai sastera dalam diri Fattah serta berapa banyak anugerah pernah diterimanya seperti A.Samad Said dan Zahiril Adzim.

“Berapa banyak anugerah dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai. Aku tak pernah suka kau sebab fanatik kau dan perangai berlagak konon sempoi dan ‘fames’ sampai tak kenal siapa otai. Tapak kaki menunggu jilaka,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori