Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Seramai 240 Suspek Daesh...

BAHAGIAN Counter Terrorism Bukit Aman E8 sudah menahan 240 suspek berkaitan kumpulan pengganas...

Malaysia Tawar Kursus Minyak...

JAKARTA - Kementerian Pendidikan akan menawarkan kursus minyak dan gas di peringkat sijil...

CIDB Berkas 12 Buruh...

KANGAR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Perlis memberkas 12 buruh asing dalam...

MPK Mula Kuat Kuasa...

KANGAR - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hari ini mengambil tindakan menyaman kenderaan-kenderaan yang...

Singapura Mansuh Pelekat Cukai Jalan Di Cermin Kereta

SINGAPURA – Pelekat cukai jalan raya tidak akan dikeluarkan lagi bermula 15 Februari, demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dipetik stesen Channel NewsAsia hari ini.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan di sini bertarikh 9 Februari, agensi pemerintah itu menyatakan bahawa perkara tersebut sebenarnya sudah pun diumumkan sekitar Ogos tahun lalu namun ramai kurang menyedarinya.

LTA menjelaskan langkah pemansuhan itu adalah sebahagian daripada usaha terbaharu untuk menyelaras proses birokrasi dan pengguna jalan raya tidak lagi perlu menampal pelekat cukai tersebut di cermin depan kenderaan.

Ia sekali gus menyaksikan pemandu tiada lagi masalah dari segi ruang liputan penglihatan luas kawasan cermin hadapan kereta masing-masing akibat gangguan pelekat berkenaan di samping pelbagai lagi stiker tambahan lain.

Sebaliknya mulai 15 Februari depan, para pemilik kenderaan hanya akan menerima resit rasmi notis bayaran cukai jalan raya manakala pelekat cukai jalan raya tidak lagi akan dikeluarkan, menurut pencerahan daripada pihak LTA.

Singapura Mansuh Pelekat Cukai Jalan Di Cermin Kereta

Anggota penguat kuasa peronda LTA bagaimanapun akan terus menjalankan pemeriksaan rutin serta membuat salinan bukti kesahihan cukai jalan raya menerusi semakan langsung dengan laman sesawang OneMotoring.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Malaysia sudah dimaklumkan bahawa pelekat cukai jalan raya tidak akan digunakan lagi dan kenderaan berdaftar Singapura tidak diperlukan untuk menampalnya pada cermin depan.

“Sekalipun begitu, mereka yang perlu memandu ke Malaysia atas pelbagai urusan sama ada bekerja atau bercuti dinasihati supaya turut membawa bersama-sama salinan sijil cukai jalan raya sah,” jelas kenyataan LTA lagi.

Pemilik juga perlu memastikan sijil insurans disimpan rapi dalam kenderaan mereka setiap masa untuk rekod pemeriksaan pihak JPJ atau jika berlaku kemalangan trafik yang tidak dijangka sepanjang berada di Malaysia.

Menggunakan kenderaan tanpa memiliki cukai jalan raya yang sah adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak S$2,000 (kira-kira RM6,278), tegas LTA. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori