Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Buruh Didenda RM2,000 Halang...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menghalang polis dari melakukan pemeriksaan terhadap teman wanitanya, seorang...

Guru Diseru Bayar Zakat...

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyeru kakitangan awam termasuk guru...

Pantau Prestasi Kementerian Di...

KOTA KINABALU - Prestasi setiap kementerian di Sabah akan dipantau rapi bagi memastikan...

MH360 Ke Beijing Berpatah...

PUTRAJAYA - Penerbangan Malaysia Airlines MH360 pada 9 November yang berlepas dari Kuala...

Singapura Pulangkan Rahayu, Penyu Raksasa Malaysia

SINGAPURA – Ibarat sirih pulang ke gagang, seekor penyu raksasa yang diselamatkan di Singapura, dihantar pulang ke Malaysia untuk diberi peluang hidup semula dalam persekitaran semula jadi.

Demikian menurut kenyataan media dikeluarkan Persatuan Kajian Berhubung Haiwan dan Pendidikan Masyarakat (ACRES) pada 2 Februari yang dipetik oleh stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Penyu yang diberi nama Rahayu itu berjaya diselamatkan ACRES pada Oktober 2015 selepas haiwan marin itu didapati sedang melintas jalan raya di Lim Chu Kang dengan mata kail yang tersangkut di mulut penyu berkenaan.

Selepas umpan berduri tersebut berjaya ditanggalkan oleh orang ramai, ia dipelihara pihak ACRES. Penyu seberat 30 kilogram itu adalah reptilia hidup pertama yang dihantar pulang oleh pihak ACRES ke negara asalnya.

Penyu berkenaan akan diserahkan kembali kepada pihak berkuasa hidupan liar tempatan di Johor, dan kemungkinan bakal dilepaskan di kawasan terlindung di sekitar utara Malaysia.

Singapura Pulang Rahayu, Penyu Raksasa Malaysia

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Tan Chuan-Jin, turut membantu memindahkan Rahayu ke dalam sebuah kotak untuk perjalanan penyu tersebut pulang semula ke Malaysia.


Beliau berkata penyu berkenaan jika tidak dikembalikan kepada habitat asal, ia mungkin disimpan sebagai binatang peliharaan dan diabaikan begitu sahaja tanpa pemerhatian sesiapa.

Sebelum hantar pulang, ACRES perlu memastikan sama ada haiwan itu selamat dilepaskan ke hidupan liar dan perlu dapat permit pemindahan merentas sempadan, kata Timbalan Ketua Eksekutif ACRES, Kalai Balakrishnan.

Proses keseluruhannya boleh mengambil masa sehingga sebulan setengah, tambah beliau. Chuan-Jin dalam pada itu berkata ACRES menyaksikan kenaikan jumlah pengiklanan online yang menjual kehidupan liar secara haram.

Buat masa ini, tiada syarat-syarat yang mengawal selia kegiatan penjualan haiwan secara atas talian, walaupun ACRES sedang berusaha untuk membuat urusan perniagaan itu diharamkan. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

Kategori