BAGI yang ikuti perkembangan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi laman sosial, pastinya tahu penyanyi No.1 Malaysia itu bersama suami dan keluarga mentuanya kini berada di bumi Palestin.
Menurut Siti, mereka selamat tiba selamat di negara bergolak itu kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Dalam pada itu, Siti turut memaklumkan mereka terpaksa melalui pemeriksaan ketat, namun perjalanan mereka berjalan lancar.
“Alhamdulillah, tiada halangan yang membimbangkan ketika kami sampai.
“Insya-Allah, malam ini kami akan sembahyang Isyak di Masjid Al-Aqsa dan solat Jumaat di sana,” katanya kepada BH Online.
Siti memilih untuk pergi ke bumi Anbiya ini bagi memenuhi keinginannya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.
Dalam gambar terbaharu yang dikongsinya, Siti dan Datuk K sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Yusof.