Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Presiden UMNO, PAS Bertemu

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan...

Mayat Lelaki Hampir Reput...

IPOH - Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui dalam keadaan terbaring di...

Erdogan Ketuai Dana Pelaburan...

ANKARA - Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam, mengumumkan pelantikannya sebagai pengerusi dana pelaburan...

JDT Kembali Pimpin Carta...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menerajui carta Liga...

SPRM Pahang Tahan Pegawai Kanan Tentera

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki terlibat rasuah.

Sumber SPRM memberitahu Bernama, suspek berusia 57 tahun yang berpangkat Leftenan Kolonel itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh pada 2.30 petang hari ini selepas hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes melibatkan dirinya.

“Suspek yang bertanggungjawab menyelia kontraktor, memantau proses kerja, mengesahkan spesifikasi piawaian dan memperakukan tuntutan kerja oleh kontraktor di Zon Timur dipercayai menerima suapan daripada kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya dengan isteri suspek merupakan pengarah syarikat berkenaan,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan itu.


“Saya mengesahkan penahanan suspek pada hari ini dan akan ada beberapa tangkapan lagi dibuat berhubung siasatan kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

Kategori