PENYANYI Stacy yang pertama kali berbadan dua nyata berdebar menghitung hari saat-saat untuk melahirkan cahaya mata pertamanya.
Stacy atau nama baharunya, Ummu Shaikhah Stacy Anam kini sedang menunggu masa untuk bersalin selepas usia kandungannya sudah mencapai 37 minggu.
Berita Harian melaporkan, keadaan penyanyi lagu Pelangi Senja ini mengikut nasihat ramai agar lebih banyak berjalan bagi memudahkan proses bersalin.
“Saya panik apabila memikirkan bila-bila masa saja boleh bersalin dan berdebar-debar sehingga tidur pun tak lena. Kadang-kadang menjelang pagi baru dapat melelapkan mata,” katanya.
Menerusi laman Instagram, Stacy turut memuat naik keadaan perutnya yang semakin sarat.
“Baru perasan sekarang ni berjalan macam kangkang, berat perut mungkin ni hahahaha..,” tulisnya yang berkongsi gambar bersama Akim ketika membeli belah.
Stacy dan penyanyi, Akim Ahmad mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
Sebelum berkahwin, Stacy telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Bella yang kini sudah berusia enam tahun. – MYNEWSHUB.CC