Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

10 Kelab Myvi Rasa...

SEPULUH Kelab Myvi akan membuat laporan polis ekoran rasa teraniaya akibat terpalit dengan kes...

Lelaki Amuk, Ugut Isteri...

KLUANG - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti...

Lelaki Kekal Dipenjara Bunuh...

PUTRAJAYA - Cinta tiga segi akhirnya membawa seorang lelaki kekal dipenjara selepas Mahkamah...

Seorang Lagi Mangsa Nahas...

KOTA KINABALU - Seorang lagi mangsa kemalangan di Kaikoura, New Zealand disahkan meninggal...

Strategi Berjaya, Neelofa Tak Bimbang Isu Ciplak Tudung

TUDUNG jenama Naelofar Hijab yang dimiliki oleh pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa sememangnya mendapat sambutan hangat sejak ia berada di pasaran.

Dek kerana itu juga, ada beberapa pihak bertindak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan apabila meniru rekaan tudung itu dan dijual dengan harga yang lebih murah.

Pun begitu, Neelofa, 28, kini sudah tidak lagi bimbang dengan isu ciptaan rekaan tudungnya kerana telah menjalankan strategi untuk membendung masalah itu.

Strategi Berjaya, Neelofa Tak Bimbang Isu Ciplak Tudung

Menurut Neelofa, pihaknya kini menggunakan strategi mengeluarkan rekaan terbaharu secara kerap agar peniaga tudung tiruan tidak dapat mengikut rentak tersebut.

“Pada saya mereka sudah jauh ketinggalan untuk meniru kerana kami sentiasa cepat dalam menghasilkan rekaan baharu sehingga mereka tak dapat kejar.

“Tambahan pula nilai tambah yang kami letak pada setiap keluaran seperti aksesori memang sukar ditiru selain harga yang berpatutan membuatkan pembeli beralih kepada produk asli.


“Untuk koleksi terbaharu ini kita cuba seiring dengan jenama antarabangsa dengan meletakkan batu Swarovski agar ia tampak mahal dan ekseklusif.

“Sepatutnya harganya berlipat ganda tetapi kita tetap jual pada harga berpatutan iaitu di bawah RM100,” katanya kepada mStar Online.

Naelofar Hijab baharu sahaja melancarkan Lady Lofa bersempena dengan sambutan hari lahir pelakon itu yang ke-28 pada 10 Februari.

Tudung keluaran terbaharu ini akan hadir dengan batu kristal Swarovski berbentuk loket pepatung.

Kategori