Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

59,000 Mahasiswa Sudah Mendaftar...

SINTOK - Sejumlah 59,000 mahasiswa di seluruh negara kini telah mendaftarkan diri mereka...

Tangan Sangkut Dalam Tandas...

KUALA LUMPUR - Cubaan seorang wanita warga emas untuk mengambil gigi palsu miliknya...

Mayat Raja Bhumibol Adulyadej...

BANGKOK - Mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej akan dibakar pada 26 Oktober depan...

173 Pendatang Tanpa Izin...

SUNGAI PETANI - Jabatan Imigresen Kedah menahan 173 pendatang asing warga Myanmar termasuk...

Suami Salima AF Kahwin Kali Ketiga?

BARU-BARU ini kecoh di laman sosial apabila tersebar berita menyatakan suami kepada penyanyi Salima AF, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre telah berkahwin lagi.

Berita itu dikatakan dikongsi oleh isteri pertama pendakwah terkenal itu, Wafa menerusi laman Instagram.

Menerusi status itu, Wafa mengucapkan tahniah kepada suami dan isteri ketiga suaminya. Dia juga berharap perkahwinan itu kekal hingga ke jannah dan mereka memiliki banyak anak comel bersama.

Suami Salima AF Kahwin Kali Ketiga?

Bagaimanapun, Salima tampil menafikan status yang ditulis madunya tersebut.

Menurut Salima, Wafa hanya sekadar bergurau dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi tular.

“Gambar dan kenyataan ini adalah palsu. Saya sebagai isteri kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini (tidak benar) mewakili suami dan juga isteri pertama. 


“Gambar ini dimuat naik atas dasar gurauan, tanpa pihak isteri pertama menyangka ia akan menjadi tular,” katanya pada ruangan komen laman sosial madunya itu seperti yang dipetik BH Online.

Salima juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi mengenai ‘isteri ketiga’ itu.

Berikutan isu itu menjadi tular, Wafa juga dilihat telah memadam status tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori