Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tidak Gentar Ugutan Saman...

PETALING JAYA - Penyanyi Black Hanafiah tidak gentar dengan ugutan pengurus acara yang...

Menteri Cadang HOC Sasar...

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan Kempen Pemilikan...

Mohon Semak Semula Dasar...

KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Pekhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menyemak...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada Februari hingga April 2019, kata...

Suasana Perkarangan Rumah Mangsa Bertukar Pilu

PETALING JAYA – Suasana tenang di perkarangan rumah empat sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran di Subang Jaya, di sini awal pagi tadi bertukar pilu dengan kehadiran rakan-rakan sekolah mangsa, Lim Yeong Wei, 17.

Rakan-rakan mangsa yang masih berpakaian seragam sekolah kelihatan menitiskan air mata seakan-akan tidak percaya kejadian yang menimpa rakan mereka.

Lim merupakan pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield, di sini yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Guru-guru sekolah dan ibu bapa pelajar dilihat menenangkan dan memujuk rakan mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan.

Rakan sekelas Lim, yang ingin dikenali sebagai Wong berkata beliau seorang yang periang dan menghormati guru serta pelajar-pelajar lain.

Katanya Lim adalah pelajar yang pintar dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.


“Dia mesra dengan semua dan selalu menegur ‘Hai Cikgu’, ‘Hai Uncle’… kami rakan sekelas mengetahui berita sedih ini selepas diberitahu oleh guru,” katanya yang mengenali Lim sejak Tingkatan 1.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, empat sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat terhidu asap yang banyak selepas rumah mereka terbakar.

Mayat Lim Ah Kok, 59, bersama dua anak lelakinya Lim Yeong Liang, 20, dan Lim Yeong Wei, ditemukan dalam keadaan tertiarap di bilik tingkat atas manakala mayat ibu mereka, Goh Bee Khion, 52, ditemukan di bilik air dalam keadaan terduduk. – BERNAMA

Kategori