Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Zamani Puas Hati Prestasi...

PENGURUS pasukan BikeART Kawasaki Racing, Ahmad Zamani Baharudin berpuas hati dengan perkembangan dua...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang berdaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST)...

Soka Gakai Malaysia Tonjol...

KUALA LUMPUR - Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang digagaskan Perdana Menteri Datuk...

Jangan Guna Jakim Pertahan...

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kesal apabila Jabatan...

Sukan Platform Terbaik Bina Integrasi Nasional

ARAU – Sukan adalah platform terbaik untuk membina integrasi nasional bagi mendukung aspirasi negara yang menjangkaui batasan agama, bangsa dan politik, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, selain menjadi instrumen dalam membina semangat setiakawan, sukan juga memercikkan persaingan sihat yang mengukuhkan semangat patriotisme kepada organisasi dan negara.

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan kejohanan woodball Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Piala Tuanku Canselor UniMAP di Dewan Semarak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis di sini, semalam.

Sebanyak 54 pasukan mewakili 42 jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta 12 pasukan institusi pendidikan tinggi (IPT) di Perlis menyertai kejohanan itu pada 3 Mac ini.

Setiap pasukan diwakili 20 pemain.


Perlis merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menganjurkan kejohanan tersebut dan dikelolakan oleh Persatuan Woodball Perlis (PWPs) dengan kerjasama Pejabat Tuanku Raja Muda Perlis, agensi-agensi kerajaan dan juga IPT.

Kejohanan akan berlangsung di gelanggang woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), UiTM, Kolej Matrikulasi Perlis, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGM) dan Dataran Sheikh Ahmad Kangar. – BERNAMA

Kategori