Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Janda Simpan Bau Badan...

PARIS - Perasaan rindu terhadap insan disayangi yang baharu meninggal dunia memang perkara...

UMNO Sah Hadiri Muktamar...

PETALING JAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan...

Implikasi PKP 3.0 Kepada...

DARI FB NAJIB RAZAKMAAF, saya tak setuju bahawa PKP 3.0 tak beri impak...

Polis Pantau Kuala Kurau...

Bagan Serai : Polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat pemantauan di...

Sukan SEA: Atlet Tumpu Latihan, Bukan Isu Persatuan

KUALA LUMPUR – Atlet negara yang akan bertanding pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur, Ogos ini, perlu menumpukan perhatian penuh terhadap program latihan dan tidak memikirkan isu-isu berkaitan persatuan atau penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Marina Chin berkata semua atlet perlu memfokuskan kepada latihan dan berada pada prestasi tertinggi bagi memastikan Malaysia, selaku tuan rumah, muncul juara keseluruhan.

Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos ini. Katanya, atlet perlu memikirkan soal latihan masing-masing ke arah mempersiapkan diri dalam menghadapi temasya sukan itu dan tidak membenarkan isu-isu atau masalah dalam penganjuran sukan mahupun kemelut dalaman persatuan menjejaskan prestasi mereka.

“Memang dalam setiap penganjuran sukan akan timbul isu dan masalah tetapi biar pihak berkaitan atau persatuan sahaja menyelesaikan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan skuad bola jaring negara di sini hari ini.


Marina turut memberi jaminan akan cuba sedaya upaya menyelesaikan apa jua masalah berkaitan penganjuran sukan itu nanti. – BERNAMA

Kategori