Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Tanding 30 Kerusi...

KUANTAN - Pas negeri Pahang akan bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri...

52 Pelajar Sekolah Terlibat...

KUANTAN - Seramai 52 pelajar sekolah menengah di seluruh Pahang terlibat dalam kesalahan...

Usaha Cari MH370 Tetap...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan usaha...

Kerana Ber’kiki’ Sarah Ditinggal...

AKSI comel penyanyi Siti Sarah menari tarian #shiggychallenge yang kini sedang tular berjaya mencuit hati pononton. Sarah...

Sultan Johor Zahir Tahniah JDT Mara Kelayakan Akhir ACL

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum SultanIskandar hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana muncul pasukan pertama negara yang layak ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers bertitah, walaupun perjalanan JDT masih jauh dan akan berdepan kelab gergasi Asia, ia merupakan satu kejayaan apabila berada pada tahap ketika ini.

“Menjadi satu-satunya kelab tanah air yang bermain dalam pusingan kelayakan ACL merupakan satu penghormatan bukan sahaja kepada kelab tetapi juga satu penghormatan kepada Johor dan telah meletakkan nama negeri di mata dunia.

“Tahniah sekali lagi kepada kelab JDT dan seluruh penyokong Harimau Selatan. Allah berkati Johor,” titah baginda.


Pada aksi pusingan kedua kelayakan di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand, malam tadi, JDT mara ke pusingan kelayakan akhir ACL selepas menewaskan Bangkok United 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

JDT dijadual menentang kelab Liga Jepun, Gamba Osaka pada aksi pusingan kelayakan akhir di Stadium Suita City, Osaka, Jepun, 7 Feb ini. – BERNAMA

Kategori