Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KAFA Umum Ketua Jurulatih...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melantik ketua jurulatih baharu...

Bank Negara Beri Amaran...

KUALA LUMPUR - Sebarang kelekaan dalam menangani pandemik boleh mengakibatkan penularan semula dan...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Duta Khas...

Lima Helikopter Diatur Gerak...

KUALA LUMPUR : Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersedia menggerakkan lima helikopter bagi...

Suspek Ke-4 Warga Korea Utara Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia berjaya menangkap suspek keempat lewat Jumaat dalam siasatannya berhubung kematian Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Menurut portal The Star, lelaki berusia 47 tahun itu memegang pasport Korea Utara semasa diberkas pada Jumaat. Dia dilaporkan sebagai salah seorang daripada empat lelaki yang diburu polis bagi kes pembunuhan itu.

Agensi berita rasmi Malaysia, Bernama turut melaporkan bahawa suspek berkenaan dicekup setelah pasukan polis menyerbu sebuah unit kediaman kondominium di Jalan Kuchai Lama dekat ibu negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan bahawa polis telah menahan seorang rakyat Korea Utara di Selangor pada pukul 9.50 Jumaat malam berhubung kes bunuh berprofil tinggi itu.

Suspek yang ditahan itu bernama Ri Jong Chol namun tiada maklumat terperinci didedahkan kerana proses siasatan lebih lanjut masih lagi dijalankan.

Perkembangan terbaharu ini berlaku selepas pihak polis berjaya melakukan penangkapan tiga suspek masing-masing dua orang di Klia2, Sepang dan seorang lagi di Ampang, Selangor.


Seorang wanita yang memegang pasport Vietnam dikenal pasti sebagai Doan Thi Huong, seorang wanita warga Indonesia Siti Aisyah, dan teman lelakinya seorang rakyat Malaysia, Muhammad Farid Jalaluddin.

Jong-nam dibunuh ketika menuju ke dewan perlepasan Klia2 pada Isnin lalu untuk menaiki penerbangan ke Macau, China. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori