SEORANG wanita nyaris maut selepas sekumpulan penduduk yang marah dengannya telah heret wanita berkenaan dari lokap polis sebelum menghumbannya ke dalam api di luar balai tersebut.
Kejadian itu berlaku selepas wanita berkenaan ditangkap kerana disyaki terlibat membakar sebuah rumah hingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Marlon Buzaglo Campos.
Orang ramai yang berang dengan wanita itu turut membakar beberapa kereta peronda polis di Novo Aripuana, Brazil.
Mereka memecah masuk ke dalam lokap dan kemudiannya mencengkam rambut wanita itu sebelum dia diheret keluar.
Polis terpaksa meminta bantuan tambahan untuk menghentikan kemarahan ramai. Wanita itu telah disoal siasat oleh polis namun dia masih belum didakwa di mahkamah.
Dia dibawa ke hospital untuk rawatan dan akan dipanggil lagi untuk siasatan di lokasi rahsia bagi mengelakkan serangan sama berlaku. – MYNEWSHUB.CC